Pages

Monday, May 2, 2016

Day 1 - Dieng, Indonesia

Trip kali ini adalah trip kedua pergi secara berkumpulan. Hajat untuk panjat gunung ni memang dah lama sangat, cuma tak tau caranya klo nak solo, serta kengkawan yang slalu panjat tau-tau dah upload gamba. Tak ajak la tu.

Pada awal tahun ni dalam bulan satu, AFY buat invitasi kat group FB, aku pun saja gatal tanya. Nak jadikan rezeki, ada suatu pagi tu AFY mesej pepagi buta cakap AA ada tiket promo ke Jogja. Aku pun tanpa melengahkan masa trus beli. Kira confirm dah travel aku kali ni.

Aku takde training apa pun untuk memanjat ni, cuma nak harap gi gym ajala. Itu pun lain genrenya. Aku rasa cardio panjat bukit tak sama dgn cardio yang kita berlari. Belasah aja la.

Pada hari kejadian, kami travel hari Sabtu pagi, dan akan berakhir pada hari Rabu. Flight pagi, aku ni jenis tak rajin nak baca mesej kat wasap, lantas trus ke lokasi dan check-in. Kelam kabut juga la takut diorg semua dah masuk dalam. Oh ya, aku kenal AFY sorang aja. Kesemua sekali ada 9 ahli rombongan termasuk aku.

Dah la tak kenal siapa-siapa pun, buat hal sendiri la. Siap aku gi tegur ada dua Japanese ni. Diorang sama lokasi cuma dalam bandar Jogja je. Pelik juga klo orang travel dua hari ni. Tak letih dan tak puas ke? Mungkin sekadar nak lari dari realiti sementara kut. Nyesal tak amik contact dua orang Japanese tu. Haishh~

Dah menganga aku seorang diri kat sini.

Diorang gi breakfast rupanya, aku perut dah lapar ni. Dalam dompet ada RM30, beli ni dah rabak RM20. Duit tambang bas balik cukup2 je.

Dah sampai airport

Lama aku tak mai Indonesia ni. First time travel adalah ke Jakarta. Mesti pekena teh botol. Seingat aku teh botol 1000 rupiah je, skrg dah naik harga. Hampeh

Makan tengah hari kat sini

Aku baru tau yang lauk yg dimakan je akan dikira. Klo aku tak tau, dan takde orang bagi tau, mau aku belasah semua lauk.

Oh rindu view kesibukan kat sini. hahah

Tak insaf gak tak tau la.

Solat dulu ye. Nak jalan jauh ni.

Aktiviti pertama adalah shopping. Diorang ni beli barang dah macam makcik-makcik dah. Disebabkan aku bawak duit cukup-culup je. aku beli ini aja.

Orait, perjalanan kami akan mengambil masa selama 5 jam. Kematu bontot weih. Bangun tido bangun tido tak sampai-sampai gak. Lagi satu mana ada highway. Jalan naik turun bukit, buleh mabuk darat.

First stop kami. Berhenti buang apa yang patut.
Tudia, awan gelap dah mai.Lepas ni trus hujan sepanjang jalan. Agak ngeri juga la keadaan jalan, gambar tiada untuk mengambarkan situasi tersebut.

Nyesal tak beli air bebanyak sebab, bila dah kat atas tu susah nak jumpa orang jual air. hahah

Gerai punya signboard siap ada iklan tu.

Dah sampai. Sesampai je malam sudah.

Inilah rupa rumah tumpangan sementara kami untuk satu malam

Port aku. Masih teringat lagi yang aku tido dalam keadaan kain cadar berembun. Sejuk melampau la aku malam tu.

Cari makan, perut lapar dah ni.

Ini baru rare, heater pakai ni.

Sempoi kedai makan camni.

Dulu, masa aku kecik-kecik, aku ni makan agak memilih skit. Mau makan tempat ada ekon je. Tempat yang agak kurang selesa ni tak nak. Ada skali tu kena sound dengan ayah aku trus berubah sampai skrg. Syukur Alhamdulillah sebab aku dah tak memilih lokasi kedai makan dah sekarang. Klo tak tentu aku masuk kedai ni pun tak mampu.

Kena ada protein skit supaya bertenaga secara berpanjangan

Aktiviti last sebelum tidur. Bayar hutang. hahaha. Pakej yang kami kena adalah 2 juta rupiah termasuk makan atas gunung tu nanti, dan penginapan lain. Makan kat bawah gunung sendirian berhad

4 comments:

  1. Dieng kot Jang... memang sejuk bila malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan mcm kat Cameron highland je. rupanya lagi sejuk ye

      Delete
  2. teringin nk mendaki lagi tp x de geng huhuhu

    ReplyDelete
  3. rumah tumpangan tu book sendiri atau pak supir settle kan ye??

    ReplyDelete